Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

PENGENALAN KAUNSELING INDIVIDU


Kaunseling ialah satu proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Proses ini melibatkan seseorang akan membantu seseorang yang lain melalui perbualan berstruktur yang bermatlamat. Perbualan akan memakan masa dan berkemungkinan berlaku lebih daripada sekali. Temubual yang bersiri ini dijangka akan menyelesaikan masalah. Proses yang berlaku melibatkan dua orang yang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti jalan penyelesaiannya. Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal adalah berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.


Menurut Blocher (Shertzer & Stone 1974) kaunseling ialah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan. 


Sementara Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) mengatakan bahawa kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua orang individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.


Bagi Krumboltz (George & Cristiani, 1990.) pula kaunseling juga merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penhyelesaian kepada masalah klien. Sementara Mizan et al (1996) mengatakan bahawa kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. 


Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kaunseling individu ialah merupakan pekhidmatan profesional melibatkan dua orang iaitu kaunselor dan klien dalam satu proses yang berstruktur dan beretika untuk membantu klien memahami diri dan persekitarannya dan menentukan cara klien bertindak di masa depan.

..akan disambung

0 ulasan:

Catat Ulasan