Teori adalah sangat penting di dalam proses
kaunseling. Teori merupakan satu kerangka konsep yang akan memandu manusia
melihat dan mengenali manusia lain dengan lebih baik. Teori merupakan satu set andaian tentang perlakuan manusia yang
menceritakan tentang sifat individu dan sebab perlakuannya.
Definisi Teori
Kamus
Dewan Edisi Baru (1989) pula mendefinisikan teori adalah pendapat bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan
dengan kukuhnya untuk
dikemukakan bagi menerangkan sesuatu perkara. Jones (1982) pula berpendapat bahwa teori merupakan hipotesis atau spekulasi berkenaan
kenyataan yang mana belum lagi diketahui dengan jelas. Apabila teori tersebut disahkan maka ia akan
menjadi fakta
Asas Pembentukan Teori
Teori
diwujudkan berasaskan kepada faktor-faktor yang membantu dalam pembinaan teori
tersebut. Antara faktor tersebut ialah
berasaskan peribadi, sejarah, sosioligikal dan asas psikologikal. Di dalam
konsep pembentukan teori, faktor asas peribadi merupakan prinsip asas
yang sangat penting untuk mengenali manusia dengan lebih dekat untuk membina
teori. Pembentukan ini akan menjadi lebih mudah sekiranya autobiografi individu
dari sejak kecil sehingga dewasa dapat difahami. Ini termasuklah aspek personaliti, latar
belakang keluarga serta pengalaman awal individu tersebut. Semua akan dikumpul
dan dianalisis sehingga dapat membentuk konsep dan garis panduan untuk memina
andaian terhadap manusia. Andaian-andaian ini akan membentuk teori setelah
melalui proses-prose pembentukan teori.
Jerome
Frank (1971) menjelaskan bahawa teori amatlah penting kepada
mereka yang berkhidmat di dalam bidang yang memerlukannya. Ia juga berguna
kepada individu yang memerlukan teori-teori tersebut untuk diamalkan. Tujuannya
ialah untuk memandu dan mempermudahkan
individu tersebut memahami manusia. Seterusnya ia mampu untuk memberi
pengertian yang lebih tepat, keyakinan dan halatuju seseorang untuk melakukan
tindakan.
Sebagai seorang kaunselor, teori akan membantu
kaunselor untuk memberi fokus dan memberi tujuk arah terhadap apakah tindakan-tindakan
yang wajar dilakukan kepada klien. Teori juga mampu memebri panduan kepada
kaunselor untuk membuat perancangan serta persediaan sebelum melanjutkan sesi
penerokaan dan mengenalpasti masalah. Kefahaman yang mendalam tentang manusia
akan membolehkan kaunselor memandu klien mengatur strategi tindakan-tindakan
yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan membuat perubahan yang
diingini. Dengan adanya teori, proses kaunseling akan berjalan dengan lenih
baik, tepat dan profesional.
Penggunaan teori yang betul juga akan mampu membantu
kaunselor membuat rumusan yang tepat tentang sesuatu kelompok manusia. Maklumat
yang diperolehi juga akan dapat membantu utnuk memberi panduan dan
perkaitan-perkaitan isu-isu yang dikongsi oleh klien. Perkaitan tersebut akan
diterjemahkan kepada sesuatu makna yang bererti kepada klien. Pengertian yang
jelas ini akan membantu klien mengenal diri dan persekitaran klien serta
memahami keperluan tindakan seterusnya.
Teori juga mampu untuk memerihalkan sesuatu kejadian
hasil dari pemerhatian yang lengkap. Penjelasan ini adalah lebih tepat dengan
panduan dan huraian kejadian berlatarbelakangkan kepada teori yang dipegang.
Dengan teori yang ada, kaunselor boleh menguasai situasi-situasi yang tertentu. Selain daripada itu teori juga boleh membantu
kaunselor untuk membuat ramalan sesuatu tentang tingkahlaku atau fenomena yang
dijaangka akan berlaku selepas perkongsian maklumat bersama klien. Teori akan
membantu memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berkemungkinan akan
berlaku sehingga membolehkan kaunselor membuat persediaan yang sepatutnya.
Teori
yang akan dihuraiakan dan menjadi asas
di dalam sistem pendidikan di negara kita ialah Teori Behaviourime, Teori
Pemusatan Perorangan dan Teori Rasional Emotif Behaviour Therapy.
..akan disambung jenis-jenis teori
0 ulasan:
Catat Ulasan