Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi. Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah seperti berikut:
Jenis-Jenis Helah Bela Diri
Terdapat dua jenis helah bela diri iaitu
helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif.
v Helah
bela diri aktif
Terdapat tujuh helah bela diri aktif iaitu rasionalisasi, sublimasi, pemindahan atau penyaluran, projeksi, introjeksi,
pembentukan reaksi, kompensasi dan fantasi.
o Rasionalisasi
Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sangup ditangani. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.
Untuk menyembunyikan tujuan dan perkara yang sebenar
demi menjaga maruah dan harga diri, individu akan memberikan sebab musabab.
Rasionalisasi digunakan untuk membuktikan bahawa tindakannya adalah betul dan
sesuai serta perlu diterima oleh orang lain. Melalui penjelasan ini, individu
akan merasa lebih tenang dan tidak terancam.
Sebagai contoh, Syazwan tidak menang dalam satu
pertandingan melukis. Beliau mengatakan bukan beliau tidak pandai melukis
tetapi segaja untuk memberi peluang kepada rakannya Shaffiq tidak tidak pernah
memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan melukis. Ini dilakukan adalah
kerana untuk mengelakkan bahawa sebenarnya lukisannya tidak cantik pada hari
pertandingan tersebut.
o Sublimasi
Satu bentuk
pindahgantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah
tindakan yang berbentuk sosial dan mernunafaat serta kreatif. Contohnya,
menyanyi, melukis, drama dan semua kegiatan kreatif dan kesenian.
Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk
kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak.
Individu yang akan menyalurkan tingkahlaku yang kurang
disenangi dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang lebih memberi manfaat dan
diterima oleh orang lain. Sebagai
contoh, individu yang suka lepak dan menyanyi ditepi jalan dengan menyalurkan
aktiviti tersebut kepada menyertai pertandingan menyanyi dan dijadikan sebagai
kerjaya yang lebih mendatangkan faedah.
o Pemindahan atau penyaluran
o Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada satu objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Pada biasanya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain. Contohnya, kemarahan terhadap seorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapi membena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur.
Pemindahan atau penyaluran digunakan oleh individu
dengan menyalurkan tindakan kepada sasaran lain yang lebih selamat dibanding
dengan sasaran asal. Sebagai contoh individu yang dimarahi oleh guru akan
melepaskan tingkahlakunya kepada rakanya. Ini disebabkan individu tidak mampu
melawan semula gurunya tetapi
dipindahkan kepada rakannya.
o Projeksi
Projeksi adalah cara melindungi dirinya daripada
kualiti atau keinginan-keinginan yang tidak dapat dipenuhi. Sebaliknya individu
bertingkahlaku untuk menyalahkan orang lain di atas kegagalan atau keinginan
yang tidak dapat dicapai atau dipenuhi.
Sebagai contoh, individu yang gagal dalam peperiksaan
akan menjelaskan bahawa gurunya tidak mengajar topik tersebut untuk mengelakkan
orang lain mengatakan bahawa dia tidak pandai.
o Introjeksi
Suatu keadaan dimana seorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan superego.
Introjeksi ialah satu cara bagaimana individu
melakukan sesuatu dengan cuba menyifatkan dirinya seperti orang lain. Mereka
akan mengambil ciri-ciri orang lain untuk dijadikan ciri-ciri dalam dirinya.
Tujuannya ialah untuk menyamakan diri dengan orang yang lebih berkebolehan atau
mempunyai status yang lebih baik. Sebagai contoh, Shaffiqah membuat atau
melakukan ciri-ciri peribadi seorang artis yang menjadi idolanya.
o Pembentukan reaksi
Proses ini
merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah
dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan
polariti. Contohnya, desakan melakukan kegiatan `mengotorkan'
bertentangan dengan desakan kegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman
Pembentukan reaksi ialah satu cara bagaimana individu melakukan sesuatu yang bertentangan
untuk menidakkan keinginannya. Ia adalah satu strategi individu untuk
mempertahankan dirinya dari ancaman. Sebagai contoh, Ali sangat dibenci oleh
adik beradiknya tetapi Ali membentuk reaksi dengan membalas kebencian mereka
dengan berbuat sangat baik dengan adik beradiknya.
o Kompensasi
Kompensasi ialah perlakuan yang hampir-hampir sama
yang dilakukan oleh individu terhadap sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.
Apabila
seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan
menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya dilakukannya.
o Fantasi
Seseorang
itu cuba mengurangkan ketegangannya dengan cara berkhayal dan membentuk suatu
situasi lain dalam imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan lebih selesa
daripada keadaan sebenar.
v Helah
bela diri pasif
o Represi
Represi
digunakan oleh individu untuk menghilangkan pemikiran
dan perasaan yang menganggu alam sedar dalam dirinya. Individu akan melupakan
atau memendamkan khususnya sesuatu yang tidak menyeronokkannya dan disimpan
dalam alam tidak sedar. Sebagai contoh individu melupakan kegagalan
percintaannya yang tidak ingin diingati kerana kesan yang sangat menyakitkan.
o Penafian
Penafian ialah salah satu cara bagimana individu
enggan menerima menerima sesuatu yang menimpa pada dirinya dengan membuat
sesuatu yang menidakkannya. Ia bertujuan mengelak ancaman yang terjadi pada
dirinya. Sebagai contoh, Boy telah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mengidap
penyakit yang merbahaya. Boy akan membuat penafian dengan mengatakan bahawa
dirinya adalah sihat dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
o Agresi
Agresi ialah satu bentuk tingkahlaku agresif yang
dilakukan oleh individu untuk melepaskan ancaman atau tekanan yang dialaminya.
Tingkahlaku ini boleh memudaratkan orang lain seperti mencederakan atau
merosakkan sesuatu objek. Sebagai contoh, Hamzah telah menumbuk majikannya
kerana memarahinya di hadapan orang ramai sehingga mencalarkan maruah dan harga
dirinya.
o Regresi
Regresi adalah satu cara bagaimana individu melepaskan
tekanan atau ancaman yang terjadi pada dirinya dengan melakukan tingkahlaku
seperti kanak-kanak. Ini seolah-oleh menunjukkan perlakuan individu tersebut
kembali semula ke peringkat perkembangan awal kanak-kanak. Ini diistilahkan sebagai pengunduran kepada
tingkahlakau terdahulu sebelum mencapai kematangan. Sebagi contoh, Amin yang
menghadapi tekanan yang amat sangat menangis seperti kanak-kanak.
0 ulasan:
Catat Ulasan