Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

LATAR BELAKANG SIGNMUND FREUD

Latar belakang Sigmund Freud

Sigmund Freud merupakan warganegara Jerman berketurunan Yahudi. Freud adalah seorang ‘atheist’ iaitu tidak percaya tentang kewujudan Tuhan. Beliau memulakan kerjayanya sbagai seorang doktor perubatan. Beliau telah mengkaji tentang kecelaruan saraf dan  bidang ini tidak begitu popular di abad ke 18. Ketika merawat pesakit mental, beliau telah menggunakan kaedah hipnosis. Kawan Freud bernama Joseph Breur telah mempengaruhi Freud tentang teknik perbualan untuk mengubati pesakit-pesakitnya.

Freud telah mengkaji dan mencuba uji tentang teknik tersebut sehingga beliau menerbitkan bukunya yang pertama 'The Interpretation of Dreams' pada tahun 1900. Buku tersebut telah dijadikan teras aliran pemikiran dalam aliran psikologi psikoanalisis. Freud telah memperkenalkan manusia mengalami alam tidak sedar atau unconscious mind’ yang menyebabkan manusia menghadapi masalah.


Beliau juga telah memperkukuhkan lagi teori psikoanalisis pada tahun 1902 dengan memperkenalkan teori perkembangan psikoseksual dan menerbitkan buku  ‘Theory of Psychosexual Development’. Teori ini menekankan bahawa faktor yang mendorong manusia melakukan sesuatu tingkahlaku adalah semata-mata untuk memenuhi dorongan  seksualiti.

0 ulasan:

Catat Ulasan