PENGENALAN
Terdapat banyak tafsiran dan
definisi menjelaskan tentang tingkahlaku buli. Tafsiran salahlaku buli ditafsir
dari pelbagai sudut. Semakin banyak sudut yang digunakan untuk mentafsir buli,
tafsiran tentang buli akan menjadi lebih luas dan mendalam. Terdapat juga
kajian-kajian yang telah dilakukan tentang tingkahlaku buli oleh para pengkaji.
Dapatan daripada kajian-kajian ini telah memberi ruang yang secukupnya untuk
mendefinisikan istilah buli hasil daripada kajian mereka.
Untuk memahami tingkahlaku buli,
petikan tentang definisi dan konsep akan dperjelaskan secara terperinci.
DEFINISI
Secara umumnya, tingkahlaku buli ditafsirkan sebagai tingkahlaku yang dilakukan oleh
seseorang dengan mengasari orang lain. Lumrahnya orang yang dikasari adalah bersifat
lebih lemah dibandingkan dengan mereka yang mengasarinya. Tujuan tinglakhlaku
buli ini dilakukan adalah untuk menunjukkan sipembuli lebih berkuasa dan
menjadikan mangsa mudarat sama ada dari aspek fizikal ataupun psikologikal.
Menurut Nosazdi Abdullah, buli boleh
ditakrifkan sebagai tingkahlaku agresif seseorang pelajar atau sekumpulan
pelajar dengan menganggu mangsa sama ada secara fizikal datau psikologi bagi
satu jangkamasa yang panjang. Sementara Kamus Dewan edisi ke tiga pula menyatakan buli adalah
perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang dengan tujuan dapat menyesuaikan
suasana baru. Selain daripada itu ia juga bertujiuan untuk mempermainkan orang
yang lemah dengan cara mengertak atau menakutkan mereka.
Azizi Yahya (2007) pula menyatakan bahawa perlakuan buli adalah
penyalahgunaan kuasa dari operasi psikologi dan fizikal dan dilakukan secara
berulang-ulang. Mangsa buli adalah bersifat lemah dan tidak berupaya
mempertahankan dirinya dari mereka yang dianggap lebih berkuasa.
Sementara Noran Fauziah Yaakub(2006) pula mendefinisikan buli sebagai tingkahlaku
agresif sama asa fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali
ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok.
Menurut Mohd Hanip Hassan (2016) buli adalah salahlaku yang
dilakukan secara sedar sama ada berbentuk fizikal atau psikologikal ke atas
mangsa yang lebih lemah bertujuan mendatangkan kemudaratan fizikal atau
psikologi. Perlakuan ini dilakukan secara berulang sehingga pembuli merasa seronok
dan puas.
Kamus Times Lingua (1993) pula mendefinasikan buli adalah orang yang suka menggunakan kekerasan
untuk menakutkan orang yang lemah. Dalam bahasa Melayu biasa, buli dikenali
sebagai “penyakat” iaitu mereka yang lebih besar/kuat atau mempunyai kawan,
mempunyai tabiat suka menganggu atau menindas orang yang lebih kecil/lemah. Di
dalam usaha memahami buli ada pengkaji yang menyamakan buli dengan kekejaman.
The National Research Council (dalam Allan.J et.al, 1996) mengelaskan buli
sebagai interpersonal violence dan mendefinasikannya sebagai;
"behaviour by persons against
persons that intentionally threatens, attempts, or actually inflicts physical
harm". The behaviours that are described in this definition are also found
in definitions of aggression and most of what is understood about violence
comes from research done on aggression. It has been shown that in many
instances childhood aggression can be linked to future violent behaviour.
Children at around age eight who show aggressive behaviour are more likely than
their peers to demonstrate delinquent, criminal or violent behaviour in
adolescence and adulthood.
2.3 KONSEP
Merujuk kepada definisi buli yang
telah dihuraikan, konsep buli bolehlah difahami dengan mudah dengan melihat
kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam tingkahlaku buli seperti pembuli,
mangsa buli, tujuan dan kesan tingkahlaku buli. Tingkahlaku ini akan
mengandungi elemen-eleman seperi yang berikut:
·
Pembuli
Tingkahlaku buli adalah penyertaan oleh pembuli dan mangsa buli. Pembuli ialah mereka yang melakukan
tingkahlaku buli kepada mangsa buli. Lumrahnya pembuli adalah mereka yang
mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih bermampuan untuk
melakukan tingkahlaku buli. Kekuatan ini
biasanya boleh diperlihatkan sama ada ia adalah secara berseorangan atau
berkumpulan.
·
Mangsa buli.
Mereka yang menjadi mangsa kepada pembuli. Sifat mangsa buli adalah mereka
yang lebih lemah dan tidak bermampuan untuk menandingi kekuatan dan kekuasaan
si pembuli. Kelemahan ini termasuk lemah dari aspek fizikal dan lain-lain.
Sebagai contoh lemah dari aspek fizikal, mangsa buli tidak berupaya untuk
melawan pembuli. Mangsa buli juga taku dan tidak berupaya untuk mengadu kepada
kawan-kawan, guru atau ibu bapa mereka. Biasanya
mangsa buli adalah terdiri daripada mereka secara berseorangan.
·
Tujuan membuli
Tujuan membuli adalah pembuli ini menunjukkan bahawa mereka adalah lebih
kuat atau berkuasa dibandingkan dengan mangsa. Pembuli juga merasa puas apabila
melakukan buli terhadap orang lain.
Semakin mangsa rasa takut semakin tinggi darjah kepuasan yang dirasai
oleh pembuli. Selain daripada itu,
tujuan tingkahlaku buli adalah untuk menjadikan mereka yang lemah menjadi akur
dan menghormati si pembuli. Untuk
menjadikan situasi berlaku seperti yang diharapkan oleh pembuli, pembuli akan
mencederakan mangsa sama ada secara fizikal atau psikologi. Kesan yang akan
dirasai oleh mangsa ialah kecederaan, ketakutan dan rasa tidak selesa serta
tenteram
·
Kesan terhadap tingkahlaku buli
kepada pembuli dan mangsa buli.
o Pembuli
Pembuli akan merasa lebih kuat dan berkuasa serta merasa puas apabila
melihat mangsa buli rasa takut dan akur dengan kekuatan dan kuasa yang ada pada
pembuli. Pembuli juga akan merasa puas melihat mangsa berada dalam keadaan yang
tidak selesa dan tenteram. Sesetengah kes, pembuli akan merasa puas sekirannya
mangsa menjadi cedera parah dan bermungkinan mangsa akan meninggal dunia.
o Mangsa buli
Mangsa buli akan merasa tertekan, takut, gelisah dan tidak tenteram
sepanjang masa. Terdapat juga mangsa menjadi cedera dan cacat. Kesan ini akan
meninggalkan kesan sepanjang hidup mangsa. Sesetengah kes buli boleh
mengakibatkan kematian.
·
Kekerapan
Tingkahlaku buli dilakukan secara berulang-ulang. Pembuli akan membuli
mangsa lebih daripada sekali. Ulangan tingkahlaku buli ini ada kaitan dengan
kadar ukuran buli yang dilakukan. Lumrahnya setiap tingkahlaku buli yang
dilakukan seterusnya mempunyai unsur pertambahan dari aspek keseriusan
tingkahlaku tersebut.
Rumusan
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara
tidak langsung mejadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka
yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku
agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak
selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli
merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh
menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
tolong letak rujukan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam