PERINGKAT PROSES KAUNSELING
Kaunselor memeringkatkan proses kaunseling kepada 6
peringkat. Setiap peringkat dialui satu
persatu kecuali sesi yang ke dua dan seterusnya. Peringkat tersebut ialah :
Peringkat
Pra Sesi
Ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu sebelum sesi
dijalankan bagi memperolehi maklumat awal klien. Maklumat awal ini telah
membantu kaunselor mengetahui latar
belakang klien. Bagi mendapatkannya kaunselor telah perlu temuduga dan menggunakan Borang Psikososial bagi membuat
profil klien.
Membina Hubungan
Kaunselor membina hubungan melayan dengan mempamerkan
tingkahlaku tanpa
lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong, mndengar isi percakapan
klien, mendengar perasaan klien, mendengar erti yang tidak dinyatakan, tidak
cepat membuat tanggapan dan penilaian, mendengar dengan dengan telinga, mata
dan tubuh badan dan apa yang ditunjukkan dan
dikatakan oleh perkataan dan tingkahlaku
klien.
Meneroka dan Menganalisis Masalah
Kaunselor perlu meneroka dan menganalisis masalah klien
dengan menumpukan kepada apa masalahnya
klien, apakah pemikiran tak rasional, bagaimana perasaannya, atau adakah pertentangan antara ideal self dengan real self,
apakah perlakuannya atau adakah pengalaman yang pahit yang mengganggu klien.
Mengenalpasti
Punca Masalah
kaunselor akan mengenalpasti punca masalah yang berpunca dari
diri sendiri, orang lain atau takdir. Proses ini juga dapat mengumpul
seberapa banyak maklumat, pilihan daripada klien dan kaunselor.
Mengambil Tindakan
Peringkat ini akan
menghurai alternatif, membincang langkah yang perlu
diambil, menentukan masa dan langkah yang akan diambil, meminta klien
menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui dan memberi peluang klien
mendapat sokongan untuk rujukan dan pertemuan berikutnya.
Penamatan
Sesi
Sesi mesti ditamatkan setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada
‘perkara yang tergantung”.
3.5 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
KAUNSELING
Ivey
(1996) dalam Amla et al. (2001) mengenalpasti kemahiran-kemahiran asas
kaunseling adalah seperti berikut dorongan minimum, soalan terbuka, soalan
tertutup, parafrasa, refleksi isi dan
refleksi perasaan. Othman (2000)
pula menambah beberapa kemahiran asas kaunseling yang perlu dikuasai oleh
kaunselor adalah seperti berikut:
a. Minta penjelasan.
Dalam
interaksi antara kaunselor dengan klien banyak perkara yang diluahkan oleh klien
tidak dapat difahami dengan jelas oleh kaunselor. Jadi wajar bagi kaunselor
meminta penjelasan daripada klien tentang mesej yang disampaikan itu. Meminta penjelasan akan menentukan mesej yang
maksudnya kabur dapat difokuskan dengan lebih terperinci bagi mesej yang
maksudnya kabur dapat difokus dengan lebih terperinci bagi memastikan makna dan
maksudnya yang lebih jelas.
b. Menyemak persepsi
Kadang-kadang
kesimpulan yang dibuat oleh kaunselor tidak tepat atau terpesong dari maksud
yang sebenar. Justeru itu dari masa ke
semasa kaunselor perlu memastikan bahawa apa yang difahaminya itu adalah benar
seperti yang dimaksudkan oleh klien.
Caranya adalah dengan menggunakan kemahiran menyemak persepsi iaitu
dengan merujuk semula kepada kliennya sejauhmana kesimpulan yang diberikannya
itu bentul.
c. Interprestasi
Kemahiran
interprestasi digunakan untuk mentafsir atau memberi penjelsan tentang makna,
tujuan dan implikasi dari sudut kaunselor sendiri.
d. Rumusan
Kemahiran
membuat rumusan digunakan supaya kaunselor tidak kehilangan haluan dalam proses
kaunselingnya. Kaunselor perlu memantau
halatuju dan isi kandungan yang sudah diperbualkan semasa proses kaunseling
berlangsung. Keadaan ini penting agar kaunselor
tidak menyeleweng daripada idea dan perasaan yang dicurahkan oleh klien.
Terdapat dua bentuk kemahiran merumus iaitu rumusan kecil untuk memastikan
halatuju topik yang sedang dibincangkan tidak melencong dan rumusan besar
dibuat secara keseluruhan pada akhir tahap proses kaunseling.
0 ulasan:
Catat Ulasan