Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

RUMUSAN KAJIAN DR MOHD HANIP TERHADAP PENGGUNAAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING (KAJIAN KES)

7.0  RUMUSAN ANALISIS TERHADAP KAJIAN KES
Secara keseluruhan terdapat 302 respons yang dikenalpasti sebagai kemahiran asas yang digunakan oleh kaunselor pelatih terhadap sample. Kemahiran-kemahiran yang dikenalpati telah dikodkan dengan frekuensi, peratus dan ranking.  Kemahiran yang paling kerap digunakan oleh kaunselor pelatih ialah dorongan minima sebanyak 76 kali atau 25.17%.  Ini diikuti dengan kemahiran mengemukakan soalan terbuka iaitu  61 kali atau 20.20% dan ketiga terbanyak ialah soalan tertutup iaitu 45 kali (14.90%).  Sementara kemahiran yang paling sedikit ialah penstrukturan iaitu sekali sahaja sepanjang sesi iaitu 0.33%.
7.1  Membina hubungan
  Membina hubungan adalah merupakan proses yang penting bagi mendapatkan kepercayaan dari klien dalam sesi. Kemahiran ini adalah sangat penting demi kejayaan proses kaunseling itu sendiri.  Kemahiran ini dilakukan seccara berterusan oleh kaunselor pelatih sepanjang sesi itu berjalan.  Kemahiran ini dikenalpasti telah digunakan  sebanyak 8 kali iaitu 2.65% dan menduduki ranking yang ke 9.      
7.2  Penstrukturan
Kaunselor menggunakan penstrukturan sekali sahaja iaitu 0.33% iaitu di awal sesi yang pertama.  Ini digunakan bagi menjelaskan tentang maksud kaunseling, tujuan jangkamasa sesi, etika kerahsiaan dan perkara yang ada hubung kait dengan perjalanan sesi itu.  Penstrukturan ini dapat memberi gambaran kepada klien tentang apa yang akan berlaku sepanjang sesi itu berjalan.
7.3  Dorongan Minima
Kemahiran dorongan minima adalah yang paling banyak digunakan oleh subjek kajian.  Ini adalah kemahiran yang paling penting untuk mendorong klien terus bercerita bagi mewujudkan perasaan empati dan  kongruen dengan apa mesej yang telah disampaikan oleh klien dengan apa yang difahami oleh subjek kajian.  Kemahiran ini akan menjadikan klien merasa kaunselor sedang mendengar dan mengambil perhatian dengan apa yang sedang diperkatakan.  Sebanyak  76 kali atau 25.17% telah digunakan oleh kaunselor.
7.4  Soalan Terbuka
Soalan terbuka adalah berada diranking ke 2 yang digunakan oleh subjek kajian iaitu sebanyak  61 kali (20.20%).  Soalan ini telah membuka ruang kepada klien untuk memberi penjelasan secara lebih terperinci mengikut perspektif klien itu sendiri  Situasi yang wujud akan menjadikan klien lebih selesa untuk meluahkan isi hatinya dengan rela.


7.5  Soalan Tertutup
Soalan tertutup telah digunakan oleh subjek kajian tanpa memberi banyak peluang kepada klien untuk menghurai maklumat yang ingin disampaikan oleh klien secara panjang lebar.  Tujuannya ialah untuk mendapat kepastian tentang sesuatu maklumat dengan tepat dan memandu arah secara spesifik sesi berkenaan.  Kekerapan yang digunakan oleh subjek kajian adalah sebanyak 45 kali atau 14.90% dan menduduki ranking yang ke 3. 
7.6  Minta penjelasan
Banyak perkara yang dikemukakan oleh klien dalam sesi itu tidak jelas dan sukar difahami oleh subjek kajian. Oleh yang demikian, subjek kajian telah meminta penjelasan dari klien tentang mesej yang disampaikan.  Ini akan menjadikan mesej tersebut  difahami dengan jelas oleh subjek kajian agar dapat memokus dan memandu sesi tersebut.  Sebanyak  25 kali atau  8.28% telah digunakan oleh subjek kajian.  Kemahiran ini menduduki ranking yang ke 4 dalam keseluruhan kemahiran yang digunakan.
7.7  Para Frasa
Kemahiran para frasa ialah kebolehan subjek kajian membuat ringkasan tentang apa yang disampaikan oleh klien tanpa mengurangkan isi kandungan dan maksud mesej.  Kemahiran ini membuktikan kepada klien bahawa subjek kajian sedang mendengar dengan teliti dan memahami maksudnya dengan tepat.  Sepanjang sesi sebanyak 11 kali atau  3.64% dan menduduki ranking yang ke 7 di antara 14 kemahiran yang dikenalpasti.
7.8  Refleksi Isi
Subjek kajian telah menggunakan refleksi isi sebanyak 10 kali atau 3.31% sepanjang sesi dijalankan daripada  keseluruhan kemahiran yang digunakan. 
7.9  Refleksi perasaan
Kemahiran ini memerlukan subjek kajian mengulangi idea serta perasaan klien dengan menggunakan perkataan yang sesuai serta berpadanan dengan maksud menurut pandangan klien.    Sepanjang sesi, subjek kajian telah menggunakan refleksi perasaan  8 kali (2.65%) dan menduduki ranking ke 9 dalam keseluruhan kemahiran yang digunakan.
7.10 Refleksi pengalaman
Kemahiran refleksi pengalaman telah digunakan sebanyak 7 kali atau 2.32% sepanjang sesi.
7.11 Interprestasi
Subjek kajian telah menggunakan kemahiran interprestasi bagi mentafsir atau memberi penjelasan tentang makna, tujuan dan implikasi dari sudut subjek kajian sendiri.  Sebanyak 15 kali (4.97%) telah digunakan sepanjang sesi tersebut.                              
7.12 Menyemak persepsi
Bagi mengelakkan kesimpulan yang kurang tepat yang dibuat oleh subjek kajian, dari semasa ke semasa subjek kajian telah membuat semakan bagi memastikan bahawa apa yang difahaminya itu adalah benar seperti yang dimaksudkan oleh klien.  Subjek kajian telah melakukan semakan persepsi sebanyak 17 kali atau 5.63% untuk melihat sejauh mana kesimpulan yang dibuat adalah tepat.
7.13 Rumusan Kecil
Kemahiran membuar rumusan kecil dikenalpasti telah dilakukan sebanyak 10 kali atau 3.31% dan menduduki ranking ke 8.  Kemahiran ini dilakukan untuk memantau halatuju dan isi kandungan yang sudah diperbualkan semasa proses kaunseling berjalan tidak melencong.  Keadaan ini juga akan memastikan subjek kajian tidak menyeleweng dari idea dan perasaan yang dicurah oleh klien.
7.14 Rumusan Besar

Rumusan Besar yang telah digunakan oleh subjek kajian adalah sebanyak  8 kali atau 2.65%.  Rumusan ini dibuat secara keseluruhan pada awal dan akhir setiap sesi sebagai ringkasan tentang apa yang telah dibincangkan bersama

1 ulasan: