INTERVENSI ‘ART THERAPY’ : SATU PENDEKATAN
KAUNSELING
OLEH
DR. MOHD HANIFF HJ HASSAN
PENSYARAH
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TAWAU
Abstrak
Seni digunakan bukan sahaja untuk
menzahirkan bakat malahan juga sebagai alat untuk meluahkan emosi dan kenyataan
kendiri individu. Kaunselor perlu berkemampuan untuk menilai,
merawat dan mengkaji masalah kanak-kanak dan
menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah. Seni visual merupakan
kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin
sahsiah manusia. Pendekatan "Client-centered" bermaksud klien atau
kanak-kanak memilih apa keperluan mereka dan jenis bahan untuk ekspresi diri
mereka. Terapis seni mendengar dan mengamati bukan sahaja lisan, bahasa tubuh
dan informasi tingkah laku tetapi juga menolong klien meneroka dan memahami
gambaran fikiran mereka dan hasil karya dan bagaimana ia berhubung dengan
situasi kehidupan mereka dan segala yang berkaitan dengan mereka. Terapi seni melibatkan seni kreatif untuk
mempertingkatkan kesedaran kendiri seseorang. Ini termasuk aspek perkembangan
kendiri, increase coping skillsdan
mempertingkatkan perkembangan kefungsian kognitif seseorangn. Berlandaskan
kepada teori personaliti, perkembangan manusia, psikologi, ekologi keluarga dan
pendidikan seni maka terapi seni ini dilahirkan. Ahli terapi seni dilatih untuk
menguasai ke dua-dua bidang iaitu seni dan psikologi. Terapi seni boleh membantu kepada mereka yang mengalami
masalah yang lebih serius seperti autism, brain injuries, eating
disorders, cancer, post traumatic stress disorder (PTSD), depression, etc. Walau bagaimanapun untuk individu yang percaya bahawa
mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, boleh juga menggunakan terapi seni
untuk meneroka diri mereka secara lebih mendalam bersama kaunselor yang pakar
untuk mengendalikan terapi seni ini. Sebagai rumusan, terapi seni boleh dan
sesuai untuk digunakan kepada semua orang sama ada yang mengalami masalah
ataupun sebaliknya.
Kata kunci: terapi seni, seni visual, autism, brain injuries, eating disorders, cancer,
post traumatic stress disorder (PTSD) dan depression.
0 ulasan:
Catat Ulasan