Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

ABSTRAK KAJIAN KERJAYA : ANALISIS UMUM DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM DAN SALAH SATU TEORI BARAT

DITERBITKAN DI JURNAL IKIP, KALTIM, INDONESIA  2016

KERJAYA  :  ANALISIS UMUM DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM  DAN SALAH SATU TEORI BARAT

OLEH

DR. MOHD HANIFF HJ HASSAN
PENSYARAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TAWAU
mohdhaniff_tawau@yahoo.com.my

Abstrak

Pekerjaan merupakan aktiviti penting kepada kehidupan manusia. Melalui aktiviti ini kelansungan hidup manusia dapat diteruskan. Ganjaran yang diperolehi daripada pekerjaan akan digunakan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka. Pemilihan kerjaya adalah merupakan faktor penting untuk menentukan kejayaan dan kepuasan individu apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Teori Barat menekankan tentang keselarasan yang di antara trait personaliti individu dengan persekitaran. Keselarasan yang tepat di antara ke dua-duanya akan memungkinkan individu mendapat kepuasan dan menghasilkan hasil kerja yang cemerlang dan bermutu tinggi. Islam telah melengkapi teori kerjaya ini dengan menekankan perihal pentingnya dalam kemantapan rohani, kemahiran dan pengalaman melalui niat yang betu. Keazaman yang kuat, tawakal dan istiqamah juga menjadi elemen penting untuk menentukan kejayaan individu dalam kerjaya yang diceburi. Selain itu, Islam juga mengiktiraf bahawa melakukan sesuatu pekerjaan juga merupakan satu ibadah. Islam telah menggariskan ciri-ciri pekerjaan yang dianggap ibadah dengan terperinci. Justeru melakukan sesuatu pekerjaan bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia tetapi di akhirat iaitu kehidupan baru sesudah manusia meninggal dunia.



kata kunci: pemilihan kerjaya, keselarasan, trait personaliti, persekitaran

0 ulasan:

Catat Ulasan