TEORI KERJAYA ISLAM
Mohd Sidek Noah (2002) telah
membangunkan teori kerjaya Islam. Teori
ini melihat kerjaya sebagai satu kepentingan material dalam aktiviti kehidupan
manusia di muka bumi. Tanpa asas kerjaya yang mantap dan kukuh, mungkin
keseimbangan antara fitrah semulajadi manusia sama ada dari segi jasmani dan
rohani atau antara mental dan emosi akan terganggu. Tambahnya lagi selain
dariapada seruan untuk beribadah, manusia juga diseru untuk mencari rezeki yang
halal.
Tafsiran pekerjaan yang halal adalah
merupakan pekerjaan yang tidak melibatkan perkara yang haram. Ia harus diikuti
dengan niat yang suci dan bertujuan yang diredhai Allah. Selain daripada itu
kerjaya perlu dilakukan dengan penuh gigih di samping menjaga hubungan baik
dengan majikan sesuaian dengan syariah Islam. Dalam pada masa yang sama
kewajiban untuk beramal ibadah tidak boleh diabaikan. Sekiranya ini dapat
dilakukan, melakukan sesuatu pekerjaan itu akan dianggap sebagai ibadah.
Bekerjaya merupakan sunnah para Rasul tanpa mengira jenis dan taraf pekerjaan
asalkan jenis pekerjaan yang halal.
Kemantapan
rohani dan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman adalah merupakan elemen
penting yang ditekankan dalam teori kerjaya Islam. Elemen ini tidak dititik
beratkan dalam teori barat. Proses
pembentukan kerohanian memerlukan niat yang betul, keazaman serta kesabaran
yang tinggi diakhiri dengan bertawakal kepada Allah swt. Seseorang juga harus istiqamah dalam
pekerjaan.
Elemen
pengetahuan pula menuntut setiap individu yang bekerja mencari ilmu pengetahuan
yang berkaitan kerana ilmu pengetahuan dikaitkan dengan darjat dan kualiti
kerja seseorang. Islam menuntut supaya seseorang itu mengambil berat tentang
kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan agar kerja yang dilakukan itu
dapat dilakukan dengan baik dan sistematik. Setelah memiliki pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman individu perlulah tahu tentang cara dan kaedah untuk
melaksanakan pekerjaan itu. Dalam hal ini individu yang terlibat mestilah mempunyai
strategi tertentu di samping kemahiran dalam bidang teknologi agar kerja yang
dihasilkan itu berkualiti.
0 ulasan:
Catat Ulasan