Etika
Kaunseling
Perkhidmatan
kaunseling telah mendapat perhatian dan diberi
pengiktirafan oleh masyarakat.
Pengiktirafan terhadap perkhidmatan ini adalah kerana terbukti ia sangat
diperlukan oleh masyarakat. Perkhidmatan ini juga dilihat dapat membantu banyak
banyak dalam pembentukan modal insan seperti yang disasarkan oleh negara
mengikut acuan negara kita. Dengan perkembagan yang berlaku, Persatuan
Kaunseling Malaysia (PERKAMA) telah mengeluarkan satu garis panduan berbentuk
kod etika khusus untuk memberikan panduan yang jelas kepada pengamal-pengamal
kaunseling di negara kita selain untuk menjaga kepentingan klien.
Menurut
huraian yang digariskan dalam Kod Etika yang dikeluarkan oleh PERKAMA pada
tahun 1994 ialah:
Kod Etika ini
bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor
dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor.
Kod Etika ini
menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion
lain serta masyarakat keseluruhannya. la
juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai
tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
Kod
Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai
utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan
peluang-peluang mereka. Ia juga
berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
Apabila
menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor
hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.
Kod
Etika ini tidak menggariskan semua
peraturan mengenai erlakuan
kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks
dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kod
Etika ini tidak seharusnya digunakan
sebagai instrumen untuk menyekat
peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan
khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang
maksimum.
Kod
Etika ini berperanan sebagai panduan
kepada Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan
etika.
Petikan Kod Etika PERKAMA 1994
0 ulasan:
Catat Ulasan