Pendahuluan
Amatlah sukar sekiranya guru tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi untuk mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran untuk bercerita dan meluahkan masalah yang dihadapi seperti seperti seorang dewasa. Sering terjadi mereka juga sebenarnya tidak memahami apakah sebenarnya masalah yang mereka sedang hadapi. Untuk menangani perkara ini beberapa aspek perlu diambil perhatian seperti apakah sebenar peranan guru. Guru juga harus dapat mengenalpasti jenis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.
Peranan Guru
Martabat guru telah diangkat oleh masyarakat
sebagai satu profesion yang mulia. Ia bukan sahaja setakat gelaran, malahan
harapan yang telah diberikan kepda guru juga amatlah tinggi. Peranan guru bukan
setakat mengajar sahaja malahan lebih daripada itu. Guru berperanan untuk
mendidik murid-murid daripada aspek kognitif, emosi, rohani dan juga jasmani.
Oleh itu memainkan peranan sebagai ibu bapa yang perlu membimbing, menasihat dan
memperkembangkan potensi diri murid.
Guru juga harus mempunyai ilmu dan kemahiran
untuk membuat bimbingan kepada murid. Sebagai pembimbing, guru adalah menjadi penghubung di antara murid dengan guru
lain,murid dengan murid, murid dengan ibu bapa dan juga masyarakat. Bila
guru dirujuk sebagai pakar rujuk guru harus mampu mengadakan bimbgan
atau kaunseling individu atau berkelompok.
Guru perlu merancang dan mengembangkan aktiviti-aktiviti dalam
programbimbingan kepada murid. Untuk melihat sama ada program tersebut
atau sebaliknya, guru perlu mampu untuk membuat penilaian murid
dengan menggunakan pelbagai cara dan teknik dan merujuk masalah
kepada sumber-sumber yang khusus.
Semua manusia menghadapi masalah tanpa batasan usia, bangsa, agama
dan kedudukan. Yang membezakan masalah mereka ialah jenis masalah yang
dihadapi. Justeru itu jalan penyelesaikan juga berbeza. Lumrahnya orang dewasa
yang telah matang akan lebih mudah utnuk menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi. Kanak-kanak pula menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah dan
mereka perlu dibantu dengan bimbingan yang wajar untuk menyelesaikannya.Guru
harus membantu kanak-kanak untuk mendedahkan kemahiran bagaimana kanak-kanak
tersebut melihat masalahnya. Sekiranya ini mampu dilakukan oleh guru,
kanak-kanak akan memperolehi celik akal untuk menyelesaikan masalah mereka.
Masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak ialah seperti masalah
akademik, komunikasi, rokok dan dadah, konsep kendiri yang rendah, pengaruh
rakan sebaya, disiplin, emosi dan sosial.
..akan disambung
ok
BalasPadamok
BalasPadamekk ok je
Padam