Pendahuluan
Era
modenisasi berlaku secara global di seluruh dunia. Lonjakan perkembangan
teknologi yang canggih berlaku tanpa sesiapa pun yang boleh menyekatnya.
Perubahan ini telah menuntut manusia untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai
aspek kehidupan dengan sebaik-baiknya. Mereka yang cepat dan dapat menyesuaikan
diri dengan perubahan yang berlaku tidak akan memberi apa-apa kesan dalam
menjalani kehidupan sehari-hari. Bagi mereka yang lambat atau tidak dapat
menyesuaikan diri akan menghadapi masalah dalam kehidupan.
Masalah
yang dihadapi oleh manusia adalah berbeza-beza dalam bentuk pelbagai. Tahap
masalah yang dihadapi juga berbeza sama. Masalah sosial mempunyai kaitan dengan
keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Isu moral dan nilai semakin
terjejas dan menjadi perdebatan di kalangan masyarakat kesan daripada proses
pemodenisasi. Nilai–nilai murni semakin tidak diendahkan. Ikatan keluarga juga menjadi semakin longgar
dan sifat individualistik semakin kuat.
Peranan ahli masyarakat dalam konteks semangat kekitaan semakin pudar
dan menghilang.
Kanak-kanak
adalah golongan yang terlibat dalam proses peralihan zaman kanak-kanak kepada
alam dewasa. Ketika melalui zaman ini kanak-kanak masih teraba-raba membentuk
indentiti diri. Pada masa yang sama
mereka menghadapi cabaran dalam perubahan dunia yang semakin canggih. Erik Erikson (1981) telah memperkenalkan teori Perkembangan Psikososial
Erikson. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan sosial manusia adalah satu
siri perkembangan yang mengandungi kecenderungan atau penuh konflik. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ditawarkan di sekolah-sekolah khususnya untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak
yang berada di sekolah. Perkhidmatan ini menjadi satu keperluan untuk membantu
kanak-kanak mengikuti proses sosialisasi dan mempelajari sistem kehidupan orang
dewasa. Kepelbagaian sistem nilai dan budaya dari kepelabagaian sistem
kepercayaan dan nilai mampu menjadikan kehidupan kanak-kanak bertambah rumit.
Kanak-kanak
memerlukan bantuan guru untuk memperolehi kemahiran bersosialisi apabila
berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran ini akan membantu kanak-kanak
melakukan penyesuaian berhadapan dengan persekitaran kehidupan yang sebenar.
Komunikasi dan bertingkah laku kanak-kanak harus boleh diterima oleh
rakan-rakannya. Ini membolehkan
kanak-kanak menjalani kehidupan dengan selesa.
Justeru sebagai guru biasa, peranan dan tanggungjawab guru adalah untuk
membimbing dan membantu dalam aspek-aspek yang tertentu.
.. akan disambung
0 ulasan:
Catat Ulasan