Pelajar perlu berada di dalam situasi yang selamat agar
dapat dapat berkembang melalui proses pembelajaran sama ada di dalam dan luar
kelas. Guru perlu sentiasa membina situasi tersebut. Setiap gerak langkah
pelajar perlu diawasi agar tidak menimbulkan masalah khususnya tentang disiplin.
Guru pastinya dapat mengawasi pelajar ketika
pelajar-pelajar berada di dalam kelas. Guru juga akan membantu pelajar bukan
sahaja dalam asek akademik tetapi juga dalam pembentukan sahsiah pelajar. Walaubagaimana
pun, terdapat situasi di mana pelajar akan berada di luar kelas. Situasi ini berlaku ketika sebelum pembelajaran bermula, waktu rehat dan
waktu selepas persekolahan iaitu sewaktu menunggu bas atau ketika menunggu
ibubapa mengambil mereka untuk balik ke sekolah. Waktu-waktu seperti yang
dimaksudkan ialah waktu di mana pelajar terlepas daripada pengawasan guru. Di
waktu-waktu seperti itu banyak kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku.
Berkemungkinan besar ia mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.
Buku ini akan memberi fokus salahlaku yang dilakukan oleh
pelajar dalam aspek buli. Masalah buli yang akan dibincangkan ialah salahlaku
yang dilakukan dalam kalangan pelajar tanpa melibatkan orang luar. Pihak
sekolah perlu mengambil langkah wajar untuk mengelakkan kejadian buli dalam
kalangan pelajar. Semua warga sekolah perlu peka dengan tanda-tanda permulaan
buli yang mingkin akan berlaku. Tindakan yang cepat akan memungkinan kejadian
buli dalam kalangan pelajar tidak akan berlaku. Oleh itu adalah disarankan
program dan aktiviti yang sesuai perlu dijalankan sebagai langkah-langkah
pencegahan salahlaku buli terjadi di sekolah.
Kejadian buli di sekolah di negara kita juga perlu dilihat
sebagai satu gejala yang menggangu sistem pendidikan. Terdapat kira-kira lebih
3,000 kes buli di sekolah. Kes buli juga terjadi di negara lain seperti yang
dilaporkan oleh Institut Keadilan Kebangsaan
Amerika Syarikat iaitu 12 peratus daripada pelajar
menengah dan tinggi di Amerika Syarikat dilaporkan menjadi pembuli (U.S.
National Institute of Justice, 1996). Kejadian buli di sekolah dalam negara kita menjadi satu
perkara biasa setiap tahun. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia akan
menjejaskan imej sekolah sebagai institusi untuk membentuk bukan sahaja pelajar
tersebut menjadi cemerlang dalam aspek akademik tetapi juga seimbang dalam
aspek pembangunan diri seperti yang dihasrat di dalam FPK.
Kejadian buli adalah salah satu bentuk pelanggaran disiplin
yang tidak patut berlaku di sekolah. Kejadian seperti ini akan akan menimbulkan
rasa tidak selamat dalam kalangan pelajar itu sendiri. Pelajar akan merasa
takut dan tidak selesa untuk berada di sekolah kerana bimbang dengan
keselamatan diri. Rentetan daripada salahlaku buli akan memberi impak kepada
masalah lain seperti ponteng kelas, ponteng sekolah dan mungkin akan
menimbulkan masalah yang lebih serius seperti gangterisme. Masalah buli dilihat
sebagai faktor penting kepada kegagalan pihak sekolah untuk memumpukan
usaha-usaha memperkembangan sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.
Masalah salahlaku buli di sekolah-sekolah di negara bukan
sahaja tidak dapat dibendung tetapi menjadi semakin serius sejak akhir-akhir
ini. Buli bukan sahaja berlaku di kawasan sekolah tetapi telah menular ke
asrama-asrama. Peranan guru dan penyelia asrama semakin dipertikaikan. Sekolah-sekolah
agama yang menekankan nilai-nilai keagamaan yang kukuh juga tidak terlepas
daripada gejaga buli dalam kalangan pelajar.
Kejadian buli yang berlaku kini bukan sahaja mendatangkan kecederaan
fizikal malah ada yang mengakibatkan kematian. Perkembangan dunia teknologi
kini mampu mendedahkan tingkahlaku buli ini secara langsung. Rakaman video
boleh dimuat turut melalui media sosial seperti face book. Ibubapa dan masyarakat
boleh menonton dan melihat tingkahlaku yang dilakukan oleh pembul dan kesan
tragis kepada mangsa buli.
Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah dijangka
akan membawa kepada salah laku yang lebih serius. Banyak kajian mendapati bahawa
salahlaku buli akan menyebabkan antisosial dan
pola tingkahlaku melanggar peraturan. Menurut kajian Olweus (1991) murid-murid sekolah yang agresif
dan suka membuli lebih berisiko tinggi melakukan masalah tingkahlaku seterusnya
seperti jenayah dan penderaan. Dapatan kajian tersebut perlu dilihat secara serius kerana
ia akan merosakkan perancangan dan program yang telah dilakukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah.
Pihak pihak sekolah juga perlu mengambil tindakan dan peracangan yang sewajarnya agar tingkahlaku
buli dapat dibanteras di sekolah. Program-program pencegahan juga dilakukan
agar dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang bahana tingkahlaku buli.
Banyak aktiviti seperti ceramah, kempen dan pertandingan yang boleh dijalankan
di sekolah untuk tujuan tersebut. Pihak sekolah perlu lebih kreatif dan
berinovasi untuk merancang program-program seumpamanya.
Sekiranya tingkahlaku buli berlaku juga di sekolah, pihak
sekolah perlu menangani isu tersebut dengan membuat intervensi. Langah-langkah
yang perlu diambil perlu difahami oleh semua warga sekolah. Natijahnya, semua
pihak tahu apakah tindakan yang perlu diambil untuk menangani tingkahlaku buli
agar tidak menular dan menjadi lebih serius. Tindakan segera yang diambil mampu
menyelesaikan masalah buli dalam kalangan pelajar.
Fenomena ini perlu dibendung dengan lebih serius dan
konsisten. Semua pihak perlu berganding bahu mencari formula penyelesaikan
tingkahlaku buli yang berlaku di sekolah. Ini bukan masanya kita menyalahkan
pihak-pihak yang tertentu. Walaupun
sesetengah pihak mengiktiraf salahlaku buli di sekolah adalah fenomena biasa,
tetapi kita tidak perlu tunduk dan menerima salahlaku buli ini terjadi di
sekolah-sekolah di negara kita. Sesuai dengan budaya dan hasrat yang ingin
dicapai di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salahlaku buli di negara kita
tidak patut berlaku.
Rumusan
Tingkahlaku buli merupakan salahlaku yang akan
membantutkan usaha-usaha melahirkan modal insan yang seimbang di dalam proses
pendidikan khususnya di sekolah. Persekitaran yang tidak kondusif bukan sahaja
akan kerja-kerja guru. Guru-guru terpaksa menggunakan banyak masa untuk mengurus
tingkahlaku buli yang sepatutnya boleh digunakan untuk mengajar serta mendidik
murid ke arah kecemerlangan dalam semua aspek. Sekiranya tata urus yang
digunakan oleh pihak sekolah tidak tepat ia juga akan memberi impak menjadi
lebih parah. Justeru terdapat keperluan menyediakan set prosedur kepada semua pihak yang ada kaitan
dengan gejala ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan