Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang
berperanan untuk membentuk dan melahirkan modal insan yang seimbang. Kesimbangan
ini memberi penekanan kepada aspek perkembangan individu dalam aspek perkembangan
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aspek ini dilihat sebagai komponen yang
lengkap untuk membentuk insan yang berkembang dengan sihat secara keseluruhan
dan bersepadu. Sekolah berperanan untuk membina persekitaran yang mampu
meransang perkembangan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat halangan yang
akan membantutkan usaha-usaha tersebut. Halangan tersebut perlu ditangani agar
matlamat tersebut dapat dicapai.
Di
samping itu, guru juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti, mencungkil dan
memperkembangkan potensi individu ke tahap optima. Guru bukan sahaja perlu
merancang program dan aktiviti yang bersesuaian malah perlu mengurangkan
kemungkinan halangan yang akan membantutkan usaha-usaha tersebut. Lumrahnya
halangan yang mungkin akan terjadi ialah masalah-masalah disiplin yang
dilakukan oleh pelajar. Pelajar seharusnya dibelengkungi masalah dengan masalah
disiplin sehingga usaha-usaha membentuk perkembangan pelajar akan terganggu.
Warga
guru berperanan menjalankan aktiviti proses pembentukan modal insan mengikut
sistem dan panduan yang terancang dan bersistematik. Kurikulum dan ko-kurikulum
yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dijadikan sebagai panduan
asas kepada warga guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran
secara formal dan non-formal. Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
dengan berkesan dijangkakan akan mampu memberi pendedahan kepada murid tentang
potensi yang mereka ada.
Untuk
memahami dengan jelas tentang matlamat dan hasrat negara, kita perlu merujuk
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dijadikan
satu panduan yang begitu jelas tentang hala tuju sistem pendidikan negara.
Objektif yang hendak dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan soasial (JERIS). Justeru,
sekolah berperanan sangat penting untuk membina iklim dan persekitaran yang
mampu membentuk perkembangan murid seperti yang dihasratkan di dalam FPK.
Proses perkembangan murid tidak harus terhalang
dengan isu-isu atau faktor-faktor yang akan merencatkan proses tersebut. Ia
harus berjalan lancar dan berkesan.
Isu-isu disiplin murid sering menjadi faktor gangguan untuk mencapai
hasrat tersebut. Tingkahlaku agresif termasuk buli menjadi sesuatu yang serious
sejak kebelakangan ini. Sekiranya ia berlarutan, murid tidak akan dapat
berkembang daripada pelbagai aspek seperti fizikal dan emosi secara bersepadu. Justeru,
pihak sekolah perlu menangani masalah tersebut dengan membina iklim yang
selamat di sekolah. Melalui persekitaran dan iklim yang selamat harapan untuk
memastikan semua murid berkembang dengan baik akan tercapai.
0 ulasan:
Catat Ulasan