Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

MATLAMAT TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DALAM KAUNSELING

Teori pemusatan perorangan dalam kaunseling juga bermatlamat untuk memudahkan penerokaan terhadap pemikiran dan perasaan klien ketika menjalani sesuatu sesi. Terapi ini sesuai dan berkesan terhadap klien yang menghadapi masalah emosi dan memerlukan terapi. Terapi ini juga memendekkan masa sesi pertemuan walaupun kadang-kadang terpaksa diadakan banyak sesi pertemuan. Selain itu juga, terapi ini memberi peluang kepada klien menceritakan sama ada dari aspek emosi atau pengalaman dengan lebih mendalam dalam suasana terapeutik. Teori ini mengajar klien memahami dirinya, boleh bertimbang rasa, bertolak ansur, memahami serta boleh menerima orang lain.


Matlamat terapi ini juga adalah boleh mewujudkan satu konsep kendiri yang konsisten danselesa pada diri klien dan seterusnya bertindak dengan tingkah laku yang lebih sesuai ke arah kesempurnaan kendiri. Di samping itu juga, teori ini bermatlamat mengajar klien membina jati diri berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dirasai sendiri dan bukannya terlalu bergantung kepada nilai atau pengalaman orang lain. 

0 ulasan:

Catat Ulasan