Konsep
Personaliti dan Sempurna Kendiri Menurut Rogers
Menurut Rogers (1961), manusia pada asasnya
adalah bekerjasama, bersifat membina dan boleh dipercayai. Di samping itu
memiliki sifat-sifat positif, manusia juga tidak terlepas daripada memiliki
sifat-sifat negative yang dianggap bukan sifat semula jadi manusia. Dalam hal
ini rakan seangkatannya Maslow berpendapat sifat-sifat negative adalah salah
satu teknik yang mendesak untuk memenuhi keperluannya. Pandangan ini selaras
ini dengan Rogers (1956) yang menyifatkan sebagai satu tindak balas kea rah
kesempurnaan dirinya.
Menurut
Rogers konsep personality dapat dilihat melalui pandangannya terhadap manusia.
Bagi menjelaskan konsep kendiri, Rogers sebenarnya telah mengemukakan 22
preposisi atau usul (Zulkifli 1992). Namun begitu, Bichof (1964) beranggap
hanya terdapat empat konsep penting dalam pembentukan personality oelh Rogers
iaitu konsep kendiri sebagai mekanisme yang penuh dengan pengalaman, konsep
penyempurnaan, konsep pemeliharaan kendiri dan konsep peningkatan kendiri.
Dalam hal ini, Rogers turut mengingtkan bahawa personaliti memerlukan penghargaan
daripada social yang boleh membentuknya menjadi positif, disanjung dan
dihormati. Akhirnya, wujudlah apa yang dikenali sebagai segala persoalan dan
permasalahn dalam hidupnya. Konsep kesempurnaan kendiri pula adalah berkaiatn
dengan perkembangan manusia sejak kelahirannya. Konsep ini merujuk kepada
bagaimana manusia membezakan dirinya dengan orang lain, membezakan fungsi
organik dengan fungsi sosial dan rasa
tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Oleh yang demikian, sempurna kendiri
adalah satu matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu untuk menjadi
dirinya sendiri (Rogers, 1958 dalam Zulkifli 1992).
Manusia
memerlukan pelbagai pengalaman sama ada di peringkat sedar mahupun tidak untuk
mencapai kesempurnaan kendiri. Namun, bagi menentukan tercapai atau tidak
sempurna kendir bergantung kepada kongruens iaitu mempunyai kesedaran dan
bersikap terbuka dalam semua bentuk pengalaman yang telah diintegrasikan oleh
sendiri (Zulkifli, 1992).
0 ulasan:
Catat Ulasan