Pandangan
Teori Pemusatan Perorangan Terhadap Manusia
Melalui
teori yang diasaskan, Rogers yakin bahawa pendekatannya ini berlandaskan kepada
bentuk pendekatan yang kukuh kerana ia lebih dekat dengan teori perkembangan
dengan teori personaliti. Tambahan pula, teori ini sebenarnya dibentuk
berasaskan kepada teori personaliti (kendiri) yang berpaksikan pendekatan
fenomologi. Antara pandangan-pandangan terhadap manusia ialah manusia dianggap
mempunyai sifat-sifat positif, baik, rasional, sosial, realistik dan dinamik
iaitu berkecenderungan ke arah kesempurnaan diri sendiri.
Beliau
juga berpendapat bahawa manusia yang dibenarkan berkembang dengan bebas secara
mutlak maka dia akan berkembang dengan sempurna dan seterusnya akan menjadi
individu yang positif dan mencapai kejayaan yang diinginkan. Beliau juga turut
mengutarakan bahawa golongan manusia yang diberi peluang atau disediakan dengan
persekitaran yang sempurna dan menggalakkan dapat berkembang dengan yakin ke
arah nirwana dirinya yakni tercapai apa yang diinginkan. Beliau berpendapat
perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya manusia iaitu tidak menerima kasih
sayang, sokongan atau dorongan daripada
orang lain akan lebih cenderung menganggap dirinya tidak berharga atau tiada
guna lagi dan pada masa yang sama dia tidak mempercayai sesiapa di
sekelilingnya. Konflik dalaman diri individu ini akan menjadi penghalang ke
arah perkembangan nirwana pada masa akan datang.
Selain
itu juga, menurut beliau, manusia yang tidak menerima kasih sayang, sokongan
atau dorongan daripada orang lain lebih cenderung menganggap dirinya tidak
berharga atau lebih teruk lagi tidak berguna lagi dan orang lain pula tidak
boleh dipercayai. Perkara ini juga menyumbang kepada halangan ke arah
perkembangan nirwana. Beiau juga berpendapat bahawa manusia mempunyai persepsi
yang penting terhadap dirinya sendiri, orang lain dan persekitarannya. Segala
persepsi ini adalah realiti dan boleh mempengaruhi tingkah lakunya.
Melalui
teorinya, Rogers turut menyatakan bahawa semua manusia lahir mempunyai
pengalaman yang tersendiri dan hanya dirinya dahaja yang mampu memahami tentang
pengalamannya itu. Selain itu juga, manusia bertindak mengikut tanggapannya
tersendiri dalam usaha mencapai kehendak-kehendaknya dan kadang-kadang
tindakannya tersasar atau tidak mengikut sesuatu kenyataanya yang sebenar.
Seterusnya
Rogers menyatakan bahawa manusia mengalami keadaan yang tidak seimbang dari
aspek tingkah lakunya akibat daripada perpecahan antara konsep kendirinya
dengan pengalamannya sendiri. Dalam hal ini, perasaan positif atau negative
yang wujud dalam diri adalah hasil daripada hubungannya dengan orang lain.
Selain itu juga, manusia boleh membuat perubahan terhadap tingkah lakunya jika perubahan juga
telah dibuat dari aspek tanggapannya dalam bentuk yang postif. Hal ini kerana
segala tingkah laku individu dipengaruhi oelh tanggapannya terhadap sesautu
situasi (Zulkifli, 1992).
Secara
keseluruhannya, teori pemusatan perorangan ini beranggapan bahawa manusia
berkecenderunagn ke arah penyempurnaan keperluan-keperluan asasnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan