Konsep Teori
Pemusatan Perorangan
Seterusnya,
konsep utama teori pemusatan klien ini jugalebih mengutamakan individu sebagai
kliennya yang dianggap mempunyai banyak pengalaman dan berguna serta boleh
dikongsi bersama dalam usaha menyelesaikan sesuatu
masalah yang sedang dihadapi. Teori ini juga lebih menekankan aspek suasana penerimaan,
aman, tenteram, saling memahami antara kaunselor dan klien serta wujud hubungan
yang erat dan mesra antara kedua-dua
pihak yang terlibat. Selain itu juga,
segala pandangan subjek klien terhadap fenomena dunia sentiasa diambil kira.
Melalui pendekatan ini klien akan tidak rasa terikat dengan mana-mana perkara.
Teori
pemusatan klien ini juga memberi sepenuh kepercayaan kepada klien unutk memilih
arah sendiri semasa proses terapi dijalankan. Kelonggaran yang diberikan ini
akan meningkatkan keselesaan klien semasa proses terapi dijalankan. di samping
itu juga, teori ini melalui pendekatan turut mengajar klien memanfaatkan
hubungan yang unik sebagai satu cara untuk menambahkan kesedaran dan melahirkan
maklumat-maklumat terpendamnya yang berguna untuk mengubah aspek-aspek dirinya
yang perlu berubah.
Keistimewaan
lain yang dimiliki oleh teori pemusatan ini adalah ia lebihmengutamakanpengalaman-pengalaman
individu.Dalam pendekatnnya juga, teori ini menetapkan ahli terapi atau
kaunselor bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam menolong klien
mengetahui keupayaan diri san mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Oleh yang
demikian, secara keseluruhannya pendekatan pemusatan klien memberi kepercayan
dan tanggungjawab yang lebih kepada klien yang sedang
mengendalikanmasalah-asalahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan