Halaman

Ahad, 17 Julai 2016

TEORI BEHAVIOURISME


TEORI BEHAVIOURISME
OBJEKTIF
1.Mengenalpasti bagaimana pendekatan behaviorisme dijadikan teori kaunseling.
2.Mengetahui jenis tingkah laku maladatif dan mengapa ia berterusan.
3.Mengenali dan memahami beberapa strategi membantu klien menggunakan pendekatan teori behaviorsme.
4.Mengenalpasti asas teori Behaviorisme.
KEPERLUAN TEORI DALAM KAUNSELING
Untuk
lMenjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian.
lMenguasai keadaan tertentu.
lMembuat ramalan..
Terdiri Daripada 3 Komponen:
1.  Menggunakan prinsip Pelaziman Klasikal ( Pelaziman Responden  Pavlov 1920
2.  Pelaziman Operan (B.F.Skinner, 1953 ).
3.Terapi Tingkah laku Kognitif ( Cognitive Behaviour ).
PERLAZIMAN RESPONDEN
Membuat kesimpulan bahawa:
lEmosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran..
PELAZIMAN OPERAN
Membuat kesimpulan bahawa:
1.Peneguhan (ganjaran) adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku diulang kerana ada keselesaan atau rasa senang.
2.Hukuman (dendaan) iaitu menambahkan rangsangan yang menyakitkan atau tidak selesa.
TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF
lKejadian atau tingkah laku tidak dilihat dari segi tingkah laku sahaja tetapi perlu mengambil kira pemikiran.
lPemikiran adalah proses kognitif.
lKejadian atau tingkah laku tidak dilihat dari segi tingkah laku sahaja tetapi perlu mengambil kira pemikiran.
lPemikiran adalah proses kognitif.
.
Behaviourist bersetuju bahawa
lPerkembangan peribadi yang melibatkan sikap, kebiasaan atau tabiat adalah tingkah laku manusia dan bukannya fenomena mental.
lPerkembangan personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman.
lPengalaman membezakan individu.
lDualisme spt minda-jasad, jasad rohani tidak mempunyai kesahihan saintifik untuk menerangkan perkembangan dan,ramalan tentang tingkah laku manusia.
lPerkembangan personaliti juga adalah hasil daripada persekitaran dan rangsangan dalaman.
PENYESUAIAN PRINSIP SKINNER
lAsas prinsip Skinner ialah perkembangan personaliti manusia bergantung kepada peneguhan operan (operan reinforcement)
lMembuat ramalan dan menguasai tingkah laku bukan membuat pilihan (free will).
lTingkah laku terbahagi kepada 2 kategori: operan (memberi respon ) dan responden (bergerak mengikut persekitaran). Maknanya tiada tingkah laku bersahaja (voluntary).
lPeneguhan (positif atau negatif ) membentuk personaliti.
lSesuatu tingkah laku boleh dilupuskan dengan cara melemahkan atau menahan peneguhan.
lModeling membentuk personaliti
lPeneguhan terbahagi kepada 2: berterusan dan berkala..

PERLAKUAN YANG TIDAK SESUAI (Maladapted Behaviour)
lPerlakuan adaptif dan maladaptif dipelajari.
lSpesifik pada satu budaya,masa,kelas sosial dan situasi.
lDitentukan oleh masa atau zaman.
BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH
lSemua tingkah laku dipelajari untuk mendapatkan peneguhan positif atau mengurangkan kesakitan atau menimbulkan keselesaan.
lTingkah laku maladatif dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkah laku akan berterusan jika selalu mendapat peneguhan positif yang berterusan.
Generalisasi..
Kemahiran yang perlu ada pada kaunselor :
lMendengar dengan tepat.
lMenghargai klien.
lMenerima klien.
lMemahami bahawa klien adalah seorang yang unik.
lKomunikasi
Membina hubungan.
lMelibatkan klien bersama menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah lakunya sendiri.
lMembantu klien mentakrif masalah.
lMembantu klien memilih /menentukan matlamat.
lMenggalak dan membantu klien membuat perubahan tingkah laku.
lMenggunakan latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku untuk membantu klien.
lDalam proses kaunseling kaunselor juga perlu ciri-ciri sahsiah:
Mesra
lIngin memahami.
lSedia menolong.
lIkhlas.
.
STRATEGI MEMBANTU KLIEN
lRole play ( main peranan/ lakonan )
lLatihan Asertif ( tegas diri )
lPengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri.


0 ulasan:

Catat Ulasan