Halaman

Sabtu, 15 November 2014

TERAPI BERMAIN



Terapi bermain menggunakan model-model teori untuk mencipta satu proses interpersonal di mana para terapi menggunakan kuasa terapi bermain untuk membantui klien menghindar atau menyelesaikan cabaran psikososial dan mencapai pertumbuhan secara optimum.

Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang terapi ini dapat diperhatikan melalui aktiviti bermain dengan menggunakan alat permainan. Alat permainan digunakan untuk mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami oleh klien khususnya kanak-kanak. Melalui terapi bermain, kaunselor akan mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak, ia lebih berkesan dibandingkan dengan meminta kanak-kanak meluahkan dalam bentuk kata-kata.


Terdapat pelbagai jenis terapi bermain ini bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian klien dan masalah yang dihadapi oleh klien. Aktiviti bermain akan tidak memerlukan kos yang tinggi. Contoh alat daan jenis permainan yang boleh digunakan ialah permainan video, patung-patung binatang atau manusia dalam saiz yang kecil, alat-alat permainan plastik dan pelbagai lagi yang difikirkan sesuai. Alat permainan ini tidaklah seberapa penting, apa yang akan diberi tumpuan ialah mentafsir dan meneroka serta mendiagnosis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Oleh itu kaunselor perlu menguasai kemahiran yang tinggi apabila ingin menggunakan aktiviti bermain sebagai satu terapi.

0 ulasan:

Catat Ulasan