Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

DERITA YANG BAHAGIA : NUKILAN RASA HATI

DERITA YANG BAHAGIA

Hujan belum  lagi menunjukkan tanda untuk berhenti sepenuhnya. Ia kelihatan masih renyai-renyai di muka bumi.  Belum ada sesiapa yang keluar untuk meredah hujan. Walaupun masih renyai-renyai tetapi titisan hujan yang turun masih mampu membasahkan. Hujan seawalnya subuh tadi cukup menyejukkan. Di tambah pula dengan tiupan angin bayu seperti menyucuk-nyucuk hingga ke tulang.  Pada pagi itu, Aku sedang menikmati nasi kuning ikan dan nescafe nai segelas. Sarapan pagi kegemaranku. Rakan-rakanku yang lain sedang rancak berborak. Mengulas isu-isu semasa. Masing-masing dengan pendapatnya.

’..apa sebenarnya erti kebahagiaan?..’ Hadi melontarkan soalan untuk diulas. Biasanya Hadi adalah pencetus dalam perbincangan tidak formal seumpamanya seperti ini. Dialah jugalah nanti yang akan mengulas dan membuat kesimpulan.   

’..bahagia tu ertinya seronok..’Alias menyambut. Sengaja dijawabnya pendek untuk dikembangkan oleh rakan-rakan yang lain. Sukran masih diam tetapi seolah-olah sedang berfikir. Hamzah pula sedang mencari-cari erti bahagia bagi dirinya. Biasanya ayat yang digunakan oleh Hamzah pasti tersusun cantik. Aku sering membaca catatan dan komen-komennya dalam bahasa yang cantik, indah dan mendalam. Kekadang sukar untuk dimengerti. Bahasa orang seni la dikatakan.Ia juga sama seperti sebuah lukisan abstrak yang sering beliau hasilkan. Sukar untuk ditafsir ertinya dan mempunyai 1001 cerita.

’..adakah orang yang seronok itu bahagia?..’
’..seronok tak semestinya bahagia, mungkin ada orang yang berpura-pura seronok..tapi kalau seseorang itu bahagia mestilah seronok..’
’..boleh ke seronok pun berpura-pura?..’
’..heeh ntahlah korang ni.. pening aku mendengarnya, terpusing-pusing dan berbelit belit..’

Suasana kembali tenang. Hampir kebanyakan rakan-rakan sedang melayani handphone pintar.  Kebanyakan membuka telegram. Banyak info terkini yang di upload oleh rakan sejawat. Tentang mesyuarat, program, aktiviti dan pelbagai lagi.  Inilah perkembangan dunia sekarang, maklumat di hujung jari.

Tiba-tiba aku melihat seorang gila sedang berjalan dengan selamba dalam hujan renyai-renyai. Habis pakaiannya basah lencun. Tidak pula kesejukan. Seolah-olah tiada apa-apa yang yang berlaku pada dirinya. Hujan atau panas tidak menimbulkan kesan sedikitpun kepada dirinya. Seronoknya aku melihatnya. Rakan-rakanku tidak ternampak lagi. Kemudian aku melihat orang gila tersebut mengutip sisa makanan di tepi kedai. Barangkali sisa makanan semalam. Kemudian aku melihat dia menyuap ke dalam mulut. Mengunyah perlahan-lahan seperti sedang menikmati lazatnya makanan tersebut.

’..cuba korang tengok orang gila tu..’aku mematikan tumpuan rakan-rakanku. Cuba mengalihkan kepada orang gila tersebut.  Sebab ada sesuatu yang aku nak sampaikan kepada rakan-rakanku tentang orang gila.  Ada sesuatu makna yang boleh difikirkan.  Mereka memandang orang gila itu dengan serentak.

’..kau tengok orang gila tu, walaupun hujan begini dia redah jak tanpa rasa kesejukan..’
’..tak pula gelisah jika pakaiannya basah..’
’..dia juga tidak perlu risau, bimbang, takut dan dapat menikmati kehidupan yang kita sendiri tak sanggup nak lakukan..’
’..dia mendapat nikmat yang memberi kebahagiaan kepada dirinya. Korang tengok lagi..dia mampu untuk makan sisa-sisa makanan..walau telah ditinggalkan beberapa hari..’
’..dia tidak takut dan bimbang untuk menjamah makanan yang telah tercemar..’
’..malah barangkali dia tidak sakit setelah menjamah makanan tersebut. Itulah kebahagiaan baginya..’
’..bukankah itu maknanya dia bahagia?..’
Rakanku mula memberi analogi satu-persatu. Semua ada kaitan. Dan sekaligus cuba mengaitkan erti kebahagiaan dalam dimensi orang gila.

Ada antara rakanku yang setuju tetapi ada juga yang memprotes. Masing-masing dengan hujah dan pendapatnya. Aku biarkan kerana ia akan membuka pintu-pintu perbincangan sesama mereka. Aku juga akur dengan pendapat yang berbeza. Perbezaan pendapat bukan bererti membangkang. Ia mampu membina kreativiti dan percambahan fikiran. Memang manusia itu berbeza. Malah Plato yang hidup beratus ribu tahun dahulu mendapati bahawa tiada duanya manusia yang sama. Mengapa kita harus menyangkal?

Setelah agak lama dan banyak pendapat yang semakin mencapah, aku masukkan satu analogi lagi. Biar pendapat yang pro dengan aku semakin mantap dengan hujah-hujah mereka.

’..kita tengok pula orang yang betul-betul miskin..bayangkan kehidupan mereka..kereta mungkin tak ada, rumah banglo jauh sekali..’
’..tengok apa makanan yang mereka makan?..’
’..walaupun mereka hanya berbasikal atau berjalan kaki, tetapi mereka bahagia kerana tidak dihambat dengan kad kredit dan hutang di bank..’
’..mereka tidak memerlukan banglo yang hebat, cukup sekadar rumah kampung yang tidak ada penghawa dingin..mereka boleh buka semua tingkap dan semua pintu untuk membenarkan angin bertiup masuk yang menyebabkan mereka boleh tidur lena dihembus angin semulajadi..’
’..mereka tidak perlu bimbang pun  kalau-kalau ada pencuri masuk ke dalam rumah mereka untuk mencuri kerana tiada apa-apa yang boleh dicuri..’
’..bandingkan dengan kita, punya kereta besar tapi tekanan kerana harga petrol naik saban tahun belum lagi ansuran bulanan yang saban tahun juga naik kadar faedah..’
’..punya rumah banglo tapi masih rasa tak selamat..tingkap perlu dipasang grill, pintu dikunci 24 jam.. nak keluar rumah pun masih takut-takut kerana banyak barang berharga di dalam rumah, risau pencuri masuk rumah kita..ini ke namanya kebahgiaan?..’

Rakan-rakanku mula mengaitkan tentang kehidupan orang miskin. Lontaran idea disertai dengan satu persoalan telah berjaya membuka satu lagi dimensi terhadap tafsiran kebahagiaan.

’..bayangkan apa yang mereka makan?.. mereka makan ikan air tawar yang fresh, pucuk ubi kayu atau kangkung yang tumbuh semulajadi..malah kalau makan ubi kayu dengan ikan masin pun mereka mampu menikmati makanan dengan begitu selera..bukankah itu erti kebahagiaan?..’
’..bandingkan dengan kita, kalau makan KFC atau Pizza Hut pun macam tak berselera...nak makan pucuk ubi kayu atau ikan masin takut tekanan darah naik..macam manalah kita boleh bahagia?..’   

Dalam satu dimensi, jika kita terlalu risau dan bimbang dengan tingkahlaku orang gila, kita perlu anjakkan paradigm kita. Mereka menikmati kebahagiaan dalam dunia mereka. Mereka boleh berhujan panas pada bila-bila masa. Mereka boleh makan apa sahaja. Malah mereka boleh melintas jalan sesuka hati mereka. Merka tidak takut, cemas atau perlu memikirkan perkara yang rumit dalam kehidupan mereka.  Begitu juga kita tidak perlu risau dan bimbang tentang kehidupan orang miskin.  Mereka menikmati kebahagiaan dalam kehidupan mereka mengikut peraturan hidup mereka sendiri.


1 ulasan:

  1. Kiranya kebahagiaan itu dicapai bergantung kepada apa yg kita fikir dan rasa.

    BalasPadam