Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

SKOP ETIKA KERJA: PANDANGAN AGAMA ISLAM

Skop Etika Kerja Islam

Di dalam skop etika kerja dalam agama Islam akan disentuh tentang aspek-aspek etika khususnya dalam pemakaian, kelakuan dan sikap, bentuk-bentuk pekerjaan dan pengurusan masa.

·         Etika pemakaian
·         Etika kelakuan dan sikap
·         Etika bentuk pekerjaan
·         Etika pengurusan masa dan harta

Setiap pekerja Islam wajib memakai pakaian yang menutup aurat mengikuti hukum syarak. Di samping itu, mereka juga tidak boleh memakaikan pakaian yang berlebih-lebihan sehingga boleh menimbulkan perasaan riakoleh si pemakai.  Individu juga harus mematuhi kelakuan dan sikap yang sopan seperti saranan di dalam agama Islam. Cara bercakap dan bertingkahkahlaku perlu diimplentasikan sejajar dengan peraturan yang telah digariskan di dalam agama.


Jenis pekerjaan yang halal dan menepati syarak juga merupakan skop etika kerja Islam yang ditetapkan. Pekerjaan yang dilakukan juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan hukum. Selain daripada itu, etika pengurusan masa yang baik juga perlu dipatuhi. Agama Islam juga menyeru umatnya untuk membahagikan masa bekerja dengan masa untuk beribadah. Sebagai pekerja, selain dari menepati masa bekerja mereka juga tidak boleh lalai untuk mendirikan solat apabila tiba masanya. Bekerja dengan menumpukan sepenuhnya sehingga melalaikan mereka untuk beribadah bukan merupakan seruan dalam agama Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan