Halaman

Isnin, 18 Julai 2016

KONSEP ASAS DALAM TEORI PSIKOANALISIS

Konsep asas

Asas teori psikoanalisis adalah bermula dari tenaga semulajadi yang ada pada manusia dikenali sebagai tenaga psike. Tenaga psike ini meliputi kepada penentuan psike dan tahap bawah sedar individu.

· Penentuan Psike

Penentuan psike bererti sesuatu tingkahlaku setiap individu mempunyai sebab dan tujuan yang tertentu. Lumrahnya tingkahlaku individu mempunyai kaitan dengan aktiviti interaksi dengan individu yang lain. Tingkahlaku individu juga dilakukan kerana ada desakan untuk memenuhi kepuasan seksual yang dikenali sebagai libido. Kepuasan seksual perlu dilihat kepada aspek yang lebih luas khususnya untuk memenuhi kepusan keperluan kehidupan individu. Beliau berpendapat bahawa terdapat desakan lain yang ada pada manusia. Desakan ini lebih kepada suka menyakiti diri sendiri dan orang lain. Beliau menggelar desakan ini ini sebagai thanatos iaitu desakan untuk mati. Menurut Signmund Freud, desakan ini adalah desakan naluri semulajadi yang wujud ketika seseorang itu dilahirkan. Desakan ini ada kaitan dengan konsep penentuan psike iaitu seseorang tidak mampu menentukan nasibnya sendiri. Desakan ini juga sangat dominan dalam pembentukan tingkahlaku manusia. Ia merupakan desakan biologikal yang sangat kuat. Menurut Signmund Freud, tenaga manusia ini tidak akan mati. Ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan individu. Tenaga ini dikenali sebagai eros.

Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.

· Tahap kesedaran

Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

o Alam sedar (Concious)

Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

o Prasedar(Preconcious)

Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar-boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untukmakan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

o Bawah sedar(Unconcious)

Menurut teori ini, pembentukan tingkahlaku didorong oleh desakan naluri semulajadi seseorang. Ia juga merupakan tenaga psike. Pembentukan tingkahlaku berada di tahap bawah sedar seseorang. Oleh kerana itu, tahap bawah sedar dianggap peringkat yang sangat penting dalam teori psikoanalisis.

Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike. 

Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.

Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.

Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnyadi antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.



2.4.2 Personaliti manusia mengikut psikoanalisis

Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego.

2.3.2.1 Id

Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari.

2.3.2.2 Ego

Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu. 

Identifikasi. Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan.

Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.

Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.

0 ulasan:

Catat Ulasan